Wednesday, July 24, 2013

Objektif Blog

Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) adalah satu sistem pentaksiran yang diperkenalkan dalam transformasi pendidikan. SPPK merupakan transformasi daripada sistem yang menumpukan kepada ujian pencapaian dan peperiksaan (berorientasi peperiksaan) kepada sistem yang lebih holistik. Tujuannya ialah untuk menyediakan satu set indikator untuk menilai potensi murid dan kesediaan untuk belajar, selain menguji penguasaan dan pencapaian.

Laman blog ini dibina berdasarkan objektif-objektif berikut:
  • Sebagai platform bagi guru untuk menjalankan pentaksiran kepada pelajar
  • Memudahkan capaian (akses) oleh pelajar untuk melaksanakan aktiviti PBS
  • Menyelenggara evidens PBS dengan lebih teratur dan sistematik
Segala bahan dan maklumat dalam blog ini adalah untuk kegunaan peribadi penulis/pembina blog dengan pelajarnya dan tidak menggambarkan secara penuh kaedah pelaksanaan PBS oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.